TAJUK: Ke Arah Pembangunan Mampan Dan Pemeliharaan Alam Sekitar
PENSYARAH: Puan Yusidawati
AHLI KUMPULAN:
1) Ahmad Dzulhaikal bin Dzuraidi (02DAD17F1024)
2) Muhammad Zaidi Akid bin Iskandar Zulfadzli (02DAD17F1006)
3) Norfaqihah binti Jamaluddin (02DAD17F1027)
4) Muhamad Ikhwan bin Muhamad Sahafie (02DAD17F1002)
Sesi: JUN 2017
Pendahuluan
Kami menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja kursus e-folio Pengajian Malaysia iaitu mengenai Pembangunan Mampan dan Pemeliharaan Alam Sekitar. Kami telah diberikan tajuk ini oleh pensyarah kami iaitu Puan Yusidawati .Kami diberi tempoh sehingga 1/8/2017 untuk menyempurnakan tugasan kami. Kami membuat kajian ini untuk mengetahui tentang pembangunan mampan dan alam sekitar. Kami membuat kajian ini untuk mengetahui konsep pembangunan mampan, tujuan pembangunan mampan, strategi pembangunan mampan dan akta-akta yang berkaitan.
Kami menjalankan tugasan ini secara berkumpulan. Kami telah bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kami menggunakan data dan maklumat yang diperolehi untuk membuat e-folio bagi kumpulan kami
Konsep Pembangunan Mampan
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang boleh memenuhi keperluan pada masa
sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan Bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas Bandar dan kawasan di sekelilingnya. Ia perlu diambil dari beberapa segi seperti keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran.
Kesedaran persekitaran haruslah dari segi ruang, masa dan lain-lain. Pembangunan mampan boleh dicapai melalui beberapa cara, salah satu dari padanya adalah melalui kesihatan ekonomi Bandar. Oleh itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan, dan kemiskinan perlu dititikberatkan dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil menjadi perkara utama dan penting.
Tujuan Pembangunan Mampan
Terdapat beberapa tujuan pembangunan Bandar antaranya ialah pemuliharaan alam sumber, pembangunan fizikal dan ketaksamaan sosial.
Pemuliharaan sumber adalah akan memastikan penerusan sumber semula jadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor`intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
Kemudian, pembangunan fizikal dapat memastikan pembangunan alam bina akan berselari dengan alam semula jadi dimana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. Ia juga dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang peluang yang ada disitu.
Selain itu, ia mampu mengurangkan pembaziran dan keburukan yang akan dibawa kepada masyarakat apabila sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan ketiadaan pekerja. Kualiti alam sekitar dapat mengelakkan pencemaran alam, melindungi ruang ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan menjejaskan kualiti kehidupan dan kesihatan manusia.
Ia juga dapat mengurangkan proses pengeluaran serta perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan penghapusan sampah juga perlu diambil penting.
Selain itu, pembangunan mampan juga bertujuan kesaksamaan sosial. Ia dapat mengelakkan pembangunan yang akan merenggangkan hubungan antara yang kaya dan miskin.
Seterusnya, dapat juga mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial harus dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan tersebut. Justeru penyertaan politik dapat menggalakkan komuniti dalam membuat keputusan
Strategi Pembangunan Mampan
Strategi pembangunan mampan ialah LOCAL AGENGA 21(LA21). Agenda 21 merupakan satu pelan tindakan pembangunan mampan untuk abad ke-21. Ia dihasilkan melalui deklarasi Earth Summit di Rio de Jeneiro,Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah Negara termasuk Malaysia.
Pelan tindakan global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan kearah pembangunan mampan. Bab ke-28 agenda 21 menekankan peranan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dalam melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan menerusi Program Local Agenda 21(LA21).
Oleh yang demikian LA21 adalah agenda 21(LA21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sector swasta berkerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka kearah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
Perlaksanaan Program A21 di Malaysia
Program LA21 ini dimulakan pelaksanaannya di Malaysia pada tahun 2000 melalui projek perintis LA21 yang melibatkan 4 buah PBT, iaitu Majlis Pembandaran Kantan(MPK), Majlis Pembadaran Petalig Jaya(MPPJ), Majlis Pembandaran Miri(MPM) dan Majlis Daerah Kerian(MDK). Projek perintis ini dilaksanakan oleh Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi(EPU), Jabatan Perdana Menteri dan United Nations Development Programme(UNDP).
Proses-proses pelaksanaan LA21 ialah wawasan masyarakat. Ia membentuk wawasan bersama masyarakat melalui bangkel atau seminar. Seterusnya,usahasama iaitu Penubuhan Jawatankuasa LA21 yang terdiri daripada PBT,masyarakat dan sektor swasta. Pembangunan mampan(PM)pula,mengenalpasti isu-isu pembangunan di peringkat tempatan manakala merumuskan pelan tindakan pula,pelan Tindakan LA21 dihasilkan yang menggariskan strategi dan tindakan kearah pembangunan mampan dan menentukan petunjuk-petunjuk.
Selain itu, pelaksanaan dan pemantauan. Pelan tindakan LA21 dilaksanakan dan dipantau. Jesteru, penilaian dan maklum balas. Ia menilai petunjuk-petunjuk dan mengumumkan hasil pelaksanaan pelan tindakanLA21. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dibawah program LA21:
-Alam sekitar: kitar semula, gotong-royong kebersihan, kempen mengurangkan pembaziran sumber,pertandingan kebersihan di kawasan-kawasan kejiranan dan pertandingan melukis yang bertemakan alam sekitar untuk peringkat kanan-kanan sekolah.
-Sosial: Intergrasi sosial dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakkan dan mengeratkan hubungan sosial seperti sukan rakyat, motivasi pelajar, pengawasan kejiranan,
program kenalilah jiran anda dan lain-lain aktiviti yang turut meliputi aspek keselamatan seperti program kesedaran dan pencegahan jenayah.
-Ekonomi: Menggalakkan aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada proses kesedaran terhadap alam sekitar seperti penghasilan produk-produk 'environment friendly', terlibat dengan lebih kerap dalam kegiatan menaja aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial bagi membentuk imej koporat yang bertanggungjawab.
Terdapat beberapa fungsi kerajaan:
1.Cleaner Greener Penang
Panduan untuk kerajaan Pulau Pinang untuk menjadikan negeri Pulau Pinang lebih mesra alam dan meningkatkan kualiti kehidupan. Ia merupakan inisiatif kerajaan negeri tetapi memerlukan penglibatan para penduduk dalam negeri.
Terdapat beberapa fungsi badan bukan kerajaan(NGO) iaitu:
1.Kempen kitar semula
2.Gaya hidup mesra alam,
-Kini semakin banyak badan bukan kerajaan mengambil langkah untuk menganjurkan kempen kitar semula. Semakin bertambah juga orang yang mengamalkan sikap menderma barangan yang boleh dikitar semula kepada NGO akibat daripada kesedaran yang semakin meningkat .
ØTanah
-Saranan kerajaan haruslah kita sahuti untuk mengamalkan amalan yang positif dengan membawa beg atau plastik kitar semula semasa membeli belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.
ØAir
-Pengumpulan air yang digunakan untuk membasuh baju, mencuci tandas dan lantai bilik mandi. Kita boleh mengumpulkan air yang digunakan untuk mencuci beras bagi menyiram bunga, mencuci muka dan mandi. Kumpul bajudan mencuci baju tersebut dengan sekali gus bagi menjimatkan penggunaan air.
Kita perlu menutup air paip semasa menggosok gigi bagi menjimatkan air dan jangan membiarkan air itu mengalir. Kita juga perlu meletakkan satu ketul bata dalam tangki tandas untuk lebih penjimatan air.
ØUdara
-Kongsi kereta atau guna secara bergilir-gilir semasa hendak pergi ke sesuatu tempat seperti tempat kerja, hal ini dapat menggurangkan pembebasan gas daripada kereta. Gas daripada asap kenderaan mengandungi karbon monoksida yang boleh menyebabkan pencemaran udara.
Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka haruslah dielakkan dan dikurangkan kerana boleh mnyebabkan pencemaran udara. Seterusnya, alat yang mengandungi CFC seperti pendingin hawa,penyembur aerosol dan alat-alat yang berkaitan.Gas ini akan menyebabkan berlaku penipisan udara.
ØPolistirena
-Penggunaan polisterina (IUPAC Polyphenylethene) merupakan suatu polimer aromatic yang diperbuat daripada bahan-bahan tertentu seperti monomer stirena aeromatik, sejenis hidrokarbon cecair yang dikilang secara komersil daripada petroleum yang dikeluarkan oleh industry bahan kimia.
Polisterina merupakan bahan termoplastik. Ia wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik tapi jika dipanaskan ia akan cair dan akan kembali pejal jika disejukkan.Mula-mula ia digunakan untuk memudahkan manusia tetapi akhirnya ia memudaratkan bumi kita. Hal ini kerana alat-alat yang diperbuat daripada bahan ini tidak dapat diuraikan.Kerajaan perlu lebih menekankan supaya penggunaan alat yang mengandungi bahan ini dikurangkan dan perlu mencari bahan atau alat alternative.
Pada masa juga, ianya dapat menjaga kesihatan manusia kerana bahan-bahan bahaya dikurangkan. Contohnya, jika ada jamuan makan atau sebaliknya, kita digalakkan mengunakan alat yang bukan mengandungi polisterina atau bahan bahaya. Seperti menggunakan sudu garfu yang diperbuat daripada aluminium.
Disamping itu, hari bumi juga telah ditetapkan pada 22April pada setiap tahun. Kita boleh memupuk sikap membawa plastic atau beg lain dari rumah semasa membeli belah.
Kita juga amat digalakkan mengamalkan budaya kitar semula atau recycle. Ia lebih dikenali sebagai konsep 3R. 3R ialahreduce,reuse,recycle. Jika amalan ini terus dipupuk dalam diri dan diamalkan, kita telah mengambil langkah bagi untuk menyelamatkan bumi. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam setiap perbuatan dan langkah yang diambil.
Akta-akta yang Berkaitan
1.Akta kualiti alam sekitar 1974
-Pencemaran udara(seksyen 20)
-Pencemaran bunyi bising(seksyen 23)
-Pencemaran tanah(seksyen 24)
-Pencemaran perairan daratan(seksyen 25)
-Pencemaran minyak(seksyen 29)
2.Akta perhutanan Negara 1984
-Seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.
3.Akta kerajaan tempatan 1976
-seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.
Akta taman Negara 1980-menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan.
Kesimpulan
Misi kementerian luar negeri adalah untuk melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif. Pengalaman sejarah telah membuktikan bahawa ketidakseimbangan ekonomi dan jarak sosial antara kaum telah menimbulkan pelbagai masalah dalam usaha memupuk perpaduan.
Tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun, matlamat pelaksanaannya adalah bagi menjamin pengukuhan kehidupan kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan. Justeru, alam sekitar dan pembangunan merupakan dua elemen penting yang harus diberi perhatian untuk membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat.
Tidak dapat dinafikan pembangunan merupakan kayu pengukur kemajuan sesebuah Negara tetapi pembangunan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar adalah satu usaha yang akan membawa padah kepada manusia sendiri. Alam sekitar dan pembangunan hendaklah berjalan seiring untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat.
Rujukan
- http://efoliopengajianm.blogspot.my
- http://exipp.blogspot.my
- http://jeringgroup.blogspot.my
Lampiran



